
Itu pun dia,
Dia muncul semula,
Tetapi senyap sahaja,
Mengapa agaknya?
Setiap kali begitu juga,
Telah lama kuperhatikan dia,
Usahkan komen untuk bercanda,
Bahkan 'like' lagilah tiada.
Telah bertimbun-timbun post aku cipta,
Memang ada respon sahabat lama,
Tetapi yang kudambakan satu-satunya,
Tidak pernah memunculkan dirinya.
Ya,
Aku mengaku sebenarnya,
Setiap satu postku hanya satu niat semata-mata,
Kuharap dapat membaca komen dia.
Jika dahulu selalu sahaja,
Dia pasti memberi sepatah dua kata,
Itu sudah cukup bagiku gembira,
Kerana kutahu dia ada.
Kini harapan kosong belaka,
Dia hanya muncul di status 'online' sahaja,
Duduk di sana membisu tanpa suara,
Mungkinkah hatinya masih terluka?
Sememangnya silap aku dari mula,
Aku pernah 'block' statusku daripada dia,
Alasannya tidak akan kuungkit semula,
Tetapi kutahu itu mengguris perasaannya.
Sudah terlalu lama tidak mendengar dari dia,
Walaupun tak mungkin seperti dahulu kala,
Aku masih menantikan komennya,
Walau hanya untuk sekali-sekala.
Dan sehingga hari itu tiba,
Postku akan ada sentiasa,
Supaya dia tidak lupa,
Adanya aku di dalam dunia dia.
KHOO PHAU LIANG
2 Februari 2019
Comments
Post a Comment