Memori Yang Tidak Terpadam

Image result for missing you

Dua tahun kian berlalu,
Di sini aku, 
Dia di situ,
Sudah lama tidak ketemu.

Tetapi mengapa,
Begitu degil hati ini bersuara,
Tidak mahu melepaskan Dia,
Sedangkan yang tinggal hanya,
Memori lama semata-mata,

Setiap kali kereta dipandu,
Pabila berkumandang lagu telefonku,
Dia muncul di kalbu,
Manisnya Dia mengundang rindu.

Masih jelas dalam bayangan minda,
Sinar mata dan hilai tawanya,
Yang gemar mengusik naluri cinta,
Sehingga kini membelenggu jiwa.

Kepada matanya yang kupuja,
Teruskanlah memancar sinar bahagia,
Kepada bibirnya yang petah bersuara,
Semoga kekal hilai tawanya.

Di sini aku ada,
Sahabat yang suatu ketikanya,
Begitu akrab sentiasa bercanda,
Saban malam menghantar mesej bergurau senda.

Dan terzahirnya puisi malam ini,
Hanya satu alasan yang pasti,
Kerana sehingga hari ini,
Dia masih bertakhta di hati.
Tu Ran...
Hao Xiang Ni...

KHOO PHAU LIANG
31 Januari 2019

Comments