
Selama ini kulihat novel dan drama,
Ikatan terjalin antara dua,
Perlu ada ruang sempurna,
Yang bisa dikenang selamanya.
Ruang sempurna telah dicipta,
Terjalin rasa minat dan suka,
Adapun itu namanya cinta,
Masa dilabur berkasih bersama.
Cerita kita pula berbeza,
Banyak masa di alam maya,
Dari hati ke hati kita bercerita,
Khabarmu kunanti setiap masa.
Saban malam terduduk di sana,
Menanti kamu muncul semula,
Hati resah tidak terkata,
Mahu berbual sepanjang masa.
Ada masanya perbualan kita,
Sehingga larut malam tiada kesudahannya,
Niat di hati enggan menamatkannya,
Kerana pentingnya kamu di dalam jiwa.
Di alam realiti pula tak sama,
Kerana aku pemalu orangnya,
Takut mendekatimu apatah lagi menyapa,
Khuatir suka diketahui semua.
Tetapi bersyukur aku sebenarnya,
Kerana jalan pertemuan kita di alam maya,
Kini walaupun tidak bersama,
Tetap ada sejarah kita di kotak bicara.
Dan jika rindu menyerang tiba-tiba,
Kotak bicara kita akan kubuka,
Setiap ayat akan kubaca,
Hanya untuk kegembiraan seketika.
Terima kasih kotak bicara,
Kerana menyimpan kisah cinta kita,
Kisah cinta yang hanya bersifat maya,
Tidak pernah dan tidak akan ada buat kali kedua.
KHOO PHAU LIANG
1 Februari 2019
Comments
Post a Comment