Tangisan Rindu

Menangis aku kerana rindu,
Rindu kerana tidak bertemu,
Atas alasan yang remeh itu,
Aku menangis tiada yang tahu.

Hari ini tangisan anak muridku,
Telah menyedarkan diriku,
Bahawa yang sebenarnya tangisan rindu,
Jauh bezanya dengan tangisan diriku.

Menangis dia tersedu-sedu,
Kerana apa kawannya tidak tahu,
Sudah seharian dirinya begitu,
Betapa sedihnya hatinya ketika itu.

Setelah bertanya baruku tahu,
Kepada neneknya dia rindu,
Tidak mungkin lagi untuk bertemu,
Hayat neneknya tamat di situ.

Apalah sangat rindu sesama manusia,
Jika dibanding dengan rindu dirinya,
Terhadap yang pergi buat selama-lamanya,
Itulah erti tangisan rindu yang sebenarnya.

Betapa kerdilnya diriku rupanya..

KHOO PHAU LIANG
23 September 2018

Comments