Kita bertemu enam
tahun dahulu,
Mengejar mimpi
sebagai guru,
Walau jarak
beribu batu,
Di Johor Bahru kita
bersatu.
Kelas kita dua
puluh satu,
Yang paling hitam
itu aku,
Mulanya aku memang
pemalu,
Seorang diri duduk
sahaja di situ.
Tetapi kamu semua
telah mengubah peribadiku,
Kita bersama
menghadapi suka dan pilu,
Walau pensyarah
garang macam hantu,
Persahabatan kita
yang bertambah padu.
Kalau bukan kerana
setiap satu daripada kamu,
Mungkin kini aku
masih begitu,
Sungguh berterima
kasih aku,
Kerana kamu semua
menceriakan hidupku.
Sahabat-sahabatku,
Enam tahun kini
berlalu,
Bukan mudah untuk kita bertemu selalu,
Di dalam hati ini
hanya tinggal rindu.
Selamat tinggal
sahabat-sahabatku,
Jumpa lagi nanti dalam
episod hidup kita yang baharu..
KHOO PHAU LIANG
18 Ogos 2018

Comments
Post a Comment