Pernah dahulu aku
bermimpi,
Menjejakkan kaki
di alam pekerjaan nanti,
Akanku gigih
bekerja mencari rezeki,
Supaya menjadi kaya
terpuji.
Mula bekerja makan gaji tahun ini,
Aku membuka kelas
tuisyen sendiri,
Mengajar tak kira
waktu dan hari,
Malam terlentang
letih seorang diri.
Setiap hari makan
maggi spageti,
Mahu berjimat
walau sehari lagi,
Ada masanya perutku
berbunyi,
Memujuk hati ini
keluar membeli.
Entah bagaimana
aku menahan diri,
Beberapa bulan
hidup begini,
Tetapi rencanaku
tidak menjadi,
Duit yang dikumpul
tak cukup lagi.
Adakah berbaloi
hidup begini,
Menanti kaya tiba
di kaki,
Entah bagaimana
jadinya diri ini,
Hidup merana
setiap hari.
Baru kiniku tersedar daripada mimpi,
Buat apa menyeksa
diri,
Masa yang pergi
tak akan kembali,
Lebih baik bahagiakan
diri puaskan hati setiap hari.
Duit bukan kawan
sejati,
Jangan masa
ditukar ganti,
Kelak binasa diri
ini,
Menjadi Mat Jenin
sesal di hati.
KHOO PHAU LIANG
16 September 2018
P/s:
1. Sajak dikarang
semasa hati ini sudah berniat membeli telefon bimbit dan kereta baharu.
Bersemadilah duitku. Harap kau tenang di sana. XD
2. Duit bukan
segalanya, tetapi jangan sampai poket kosong pula, hati pula yang merana!

Comments
Post a Comment