Malam yang sunyi,
Membelek
telefonku, di situ kulihat adanya kamu,
Kamu masih di
situ, sama seperti dahulu,
Tetapi mengapa
kini hanya bisa melihat,
Tidak mampu membuka
bicara.
Masihku ingat
waktu-waktu dahulu,
Pertama kali
bertemu denganmu,
Aku tertarik
dengan matamu yang bersinar ayu,
Beberapa kali
mengintai dari jauh,
Aku hanya mampu
meluahkan dalam hati,
Alangkah comelnya
gadis ini!
Kelakar rasanya
bila diingat,
Setiap kali di
hadapan kamu,
Aku berlagak lucu
tak menentu,
Sedangkan diri ini
seorang pemalu,
Entah mana
datangnya keberanian itu,
Aku tidak tahu,
Yang kuingat hanya
satu,
Hilai tawa dan
senyum manismu.
Jarak antara kita
kurapatkan satu demi satu,
Sehingga berkawan
di muka buku,
Berbual denganmu
itu kegemaranku,
Tanpa mengira
detik dan waktu,
Saban hari
menunggu balasmu,
Gurau senda
denganmu menghiburkan hatiku.
Banyak yang
kupelajari daripadamu,
Penampilan diri
dan cara berbaju,
Kuturuti segala
telunjukmu,
Katamu semua itu
perlu,
Barulah ada yang
akan memandangku,
Padahal kuharapkan
hanya satu,
Yang memandangku
itu kamu.
Di mana ada kamu
di situ ada aku,
Ingin mendekati
dan mengenalimu,
Ajak sahajalah ke
mana sekalipun,
Aku akan pergi
denganmu,
Kerana hati ini
terlalu ingin bersamamu.
Kadang kala aku
terharu,
Betapa ambil
beratnya kamu terhadapku,
Ada sahaja makanan
untukku,
Ada sahaja hadiah
hari jadiku,
Sedangkan aku yang
tersipu-sipu,
Membalas budimu
itu niatku,
Niat yang terkunci
di dalam kalbu.
Satu ketika hati
ini mula cemburu,
Melihat kamu
bersuka dengan bukan aku,
Hati ini terasa
pilu,
Bila bibirmu
menyebut bukan aku,
Tidak tentu arah
aku,
Bila kamu keluar
dengan bukan aku,
Kata naluriku,
Hatimu milik orang
itu,
Air mata berlinang
tanpa restu,
Kudoakan bahagia
bersamamu.
Muncul Si Dia mengubat
kesedihanku,
Waktu itu
fikiranku hanya satu,
Melepaskanmu untuk
kebaikan aku dan kamu,
Aku mahu
menghargai Si Dia sepenuh hatiku,
Kujarakkan semula
ruang dengan kamu,
Kerana takut hati
ini menyesal melepaskanmu.
Aku dan Si Dia
bersama selalu,
Bergaduh berbaik
sudah biasa bagiku,
Kadang kala Si Dia
masih cemburu,
Bila ada berkait
aku dan kamu,
Tetapi pujukku
mujarab selalu.
Ada kalanya
terlihat kamu,
Seorang diri
berlari di jalan berbatu,
Hati ini terusik
untuk menegurmu,
Tetapi aku tidak
mampu,
Kerana aku sudah
ada yang satu,
Hanya mampu berjalan
melintasimu.
Sekelip mata masa
berlalu,
Bakal tamat
pengajian kita sebagai guru,
Kata-katamu pada
saat itu,
“Datanglah padaku
bila waktu susahmu,
Akan kupinjamkan
bahuku untukmu.”
Ketika itu kutahan
sebak hatiku.
Kini Si Dia sudah
tidak bersamaku,
Aku terima ini
nasibku,
Ada masa datangnya
rindu,
Kepada Si Dia aku
rindu, kepada kamu juga begitu,
Tetapi benarlah
kata orang-orang dahulu,
Cinta pandang pertama
takkan pudar semudah itu,
Kadang kala aku keliru,
Redakah aku
melepaskan dirimu?
Malam ini aku baca
semula kisah kau dan aku,
Gurau senda kita
masih terpahat di muka buku,
Aku teliti satu
persatu,
Entah sampai bila
masa berlalu,
Barulah kita akan seperti
dahulu,
Tetapi yang pasti
doaku untukmu,
Semoga bahagia
dengan hidupmu,
Terima kasih
munculnya kamu dalam hidupku,
Aku menjadi aku.
KHOO PHAU LIANG
8 September 2018
KHOO PHAU LIANG
8 September 2018

Comments
Post a Comment