Aku Kembali


Sudah berapa lama agaknya,
Angan-angan ini bersarang di dalam jiwa,
Mahu menjadi penulis cereka,
Di alam fantasi terbang mengembara.

Sepanjang masa ilham dicari.
Dari menengah ke universiti,
Novel dibaca berulang kali,
Rasa kagum di dalam hati.

Pernah menulis dan berimaginasi,
Namun masih tak puas hati,
Akhirnya tiada satu yang menjadi,
Hati kata sudahlah bermimpi.

Semalam terlihat ada yang berkongsi,
Mencari pengarang sajak antologi,
Hati terusik mencuba nasib diri,
Harap mimpi menjadi realiti.

Semangat lama membara kembali,
Pencinta sastera diri ini,
Ibarat tidur bangkit berdiri,
Mengejar bayang diri yang satu lagi.

KHOO PHAU LIANG
9 September 2018

Comments